Ape tu TTC#4 (INFERTILITY - SURAT RUJUKAN)


Awal January 2018, aku dan hubs decide nak buat Rawatan.. Rawatan ape tu?? ape yang nak dirawat tu??? ok kalau ikot tempoh perkahwinan aku ni dah nak masuk 3 Tahun dan tiada tanda-tanda mengandung tu. Maksud aku xpernah rasa mengandung tu macam mana ataupun keguguran. 

So kami decide nak bt checkup, kenapa kena checkup?? Perlu ke?? Ye bagi aku memang perlu, sebab kita tak tahu masalah dalaman kita.. Tengok sihat je haa..yela kawen dah nak masuk fasa 3 tahun so, ko kena la tahu kalau ada masalah antara pasangan ke.

Firstly, sebelum proceed nak ke arah selanjutnya, (Infertility) ko diarahkan untuk dapatkan surat sokongan, mana nak dapat tu??  Ok aku buat kat Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

KKKL - Awal pagi aku kesana, yela macam biasa penuh saje kt sana, so  ambil no. giliran dan nurse yang jaga akan tanya nak rawatan ape ya?? Dan aku cakaplah untuk dapat surat pengesahan doktor untuk buat rawatan infertility.

Lepas tu korang bukan terus dapat jumpa doktor taw, korang akan tunggu sampai no. giliran dipanggil untuk bayaran. dan akan ditanya lagi sekali rawatan ape yang kita nak dapatkan.

Masa turn no aku di'panggil kaunter yang incharge tu lelaki 😞 adeh.. aku kena hadap pertanyaan dia untuk dapatkan rawatan ape.. aku cakaplh nk dapatkan surat rawatan fertility, dia boleh tanya ape tu.. ehh.. kau ghase.. aku kena cakaplah untuk fertility (lagi sekali aku ulang jawapan tu) dia tak faham wehhh...!!! 😨 nangis mak jawab dengan bahasa melayu baku-nya RAWATAN KESUBURAN Encik..😭😭 respon dia.. oo hehehe.. aku pun balas dengan senyuman indah bersama bayaran. Bayaran KKKL tu  total aku datang sekali dengan hubs RM2.00.  sbbnya hubs g ambil no. juga sbb asalnya nurse tu kata no. kena untuk sorang satu.  Kami tak tahu masa tu yang isteri sahaja ambil no, untuk dapatkan surat ni yang isteri jela g ambil sbb doktor akan jumpa kita suami isteri dalam satu bilik rawatan, bukan asing mcm nurse tu cakap suh ambil dua nombor. Dah hubs kena berpisah bilik ngan aku masa tu sebab no.asing padahal tujuan kami sama.


Bersambung yer,


Comments

Popular posts from this blog

Kasih Yang Suci switch Nora Elena

Chicken Chop Home Made

Ape tu TTC#2 (BERURUT)