Wordless Wednesday - Review Recipe Apam Polkadot

Wordless Wednesday - Review Recipe Apam Polkadot


My First Apam Polkadot












Lamanya tak meng-up date blog ni.. rasa macam dah bersarang pun ada... hihi.. nak salah kan sape.. kenalah salahkan diri sendiri... Now FL nak review resipi apam polkadot and bukan dot-dot je k... Angry Bird, Lady Bird, n Bee.. suka la plak kan.. rasa mula² mcm susah nya nak buat apam ni.. tapi bila u all dah ketagih nak buat mesti u all akan review hari² mcm FL ni.. di awalnya taksub nak buat.. heheee... FL google je and blogwalking... Thanks blogger sebab share resipi.. FL pun nak share gak la..!!


Bahan² untuk memasak apam 

  • 3 Biji telur dari peti sejuk
  • 275gm Tepung Gandum ( kurangkan 270gm or 260gm pun ok)
  • 220gm gula halus
  • 150ml susu segar / susu cair
  • 3 Sudu kecil Ovelatte(Nama panggilan lain bgi ovellate adalah Quick 7.5)
  • 1 Sudu kecil esen Vanilla
  • Pewarna ( Mengikut ke sukaan anda)
  • Filling( Inti untuk apam) Coklat, Strawberry dan mana² jem mengikut kesukaan anda

Cara² penyediaan apam
  • Masukkan telur & gula ke dalam mixer dengan kelajuan maksima sehingga kembang. 
  • Selepas itu, masukan bahan²(susu, tepung,ovelatte,dan asen vanilla) dan mixer sehingga sebati
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bekas, dan titiskan warna mengikut kesukaan anda.
  • Masukan "mangkuk kertas" ke dalam bekas lompang (bagi memudahkan apam mengembang mengikut bentuk)
  • Picitkan adunan ke dalam "mangkuk kertas" setengah sahaja kemudian masukkan filling dan tutup kembali bersama adunan tadi.
  • Kukus apam dengan api yang sederhana, selama 10-15minit sehingga kembang elok
     ** Balut tutup kukus dengan tuala bagi mengelakkan wap / air menitis di adunan apam**
          Jika anda seorang yang kreatif, anda lukis lah di atas adunan anda seperti anda melukis di atas kertas.



1st Step (Masukan mangkuk kertas di dalam bekas lompang)
2nd Step(Bahagikan adunan kepada beberapa bekas, dan titikan warna pilihan anda)



3rd Step (Anda corakkanlah mengikut kesukaan anda)
4th (Siap sedia untuk dikukuskan)


Akhirnya jadilah macam gambar paling atas sekali tu, bila dah siap kukus nak makan pun sayang.. ye la dah comel sangat... hihihi..


Comments

Popular posts from this blog

❤Transformers version FL¸¸.•*¨*❤

Ape tu TTC#4 (INFERTILITY - SURAT RUJUKAN)

Chicken Chop Home Made