Ape tu TTC#1
Assalamualaikum Readers,
Ape tu TTC?? Dalam erti kata (Trying to Conceive) (Trying to Get a 👶) kenapa aku pilih untuk meluahkan disini, mungkin akan menjadi suatu kenangan bila aku tua nanti. Atau untuk anak aku baca yang sebenarnya aku berusaha untuk mendapatkannya (In shaa Allah dengan izin Allah).......
Mungkin bagi semua yang mudah, bila dah kawen ada yang nak honeymoon berdua dulu, ada yang rezekinya awal tak sampai 2 bulan eh ada tanda berbadan dua, itu semua dalam konsep rezeki yang Allah nak beri, mungkin beza dengan aku. Aku perlu kerja keras sikit, keras sikit tu bukan nya nak kena (X*&#@) hari-hari 😅😅 lemau cik abang nanti. ha ha.. Yela kualiti yang diberikan kena lh elok yer dak..
Aku TTC nak masuk 3 Tahun ok!!! ada tak yang nak cakap ala baru 3 tahun.. 😪😪 ok bagi aku bermasalah la bagi yang suka sangat bau baby ni, suka gomol anak orang. Kecik besar je mak dia tengok aku.. ha ha..
Kau tak ada usaha ker??? (Tanya makcik bawang) heii.. usaha mestilah ada takkan nak usaha depan mereka kot (kang tunjuk skill beliak mata 😆) what ever tu bukan ayat aku cakap diorang.. biasalah tu ayat dalam hati jurrr 😔😔.. Depan diorang aku cakaplah doakan yer cik.. In Shaa Allah ada tu sabar ye.. (Dalam hati kita pula yang sabarkan dia 😫)
Ape yang aku buat sepanjang TTC?? Doa, uSaha, Doa, Usaha, Doa, Usaha, In shaa Allah hari - hari aku minta Allah dengar permintaan aku.
Usaha Ape?? Berurut, makan Suplement buat masa dalam fasa 2 tahun perkahwinan aku.
Sambung yer Part TTC#2
Comments