Ape tu TTC#3 (SUPPLEMENT)
Sambugan Part TTC#2
Lepas dah berurut ape kau rasa, badan rasa ringan, minum air kelapa pun aku still buat tapi member aku tu dia xley nak telan sangat air kelapa tu. sebab dia kata payau.. ha ha ha aku pulak?? sebab aku suka air kelapa 😝 aku releks je...
Ok next aku try supplement, ape yang aku ambil??
* Acid Folic (Appeton , DLL)
* Surbex Zinc
* B6 (Neurobion)
* Susu Kambing
* Serbuk debunga
* Serbuk Buah Zuriat
ACID FOLIC
Masa awal kahwin tu memang aku amek acid folic, sebab tu kira perancangan nak kuatkan rahim di awal kehamilan kalau korang google pun memang banyak keluar kebaikan Acid Folic ni. Harga kalau pergi drugstore boleh dapat 1 plate RM0.80 - 1.00
↑ ni buat nafsu aku membuak-buak nak makan jerr 👉👈
SURBEX ZINC
Surbex Zinc (Sila Google) kalau nak tahu ape tu?? kebaikan dia bergabung ada B+, zinc, Asid Folic Vitamin C & E, pun bagus nak TTC ada yang amalkan ni pun berjaya hamil. Suami Isteri boleh makan sama-sama.. harga dia mahal sikit la 30biji RM29++ tunggu promo kat drugstore jurr dapat beli 😓
↑ ni bagi aku sama gak kalau consume ko rasa bertenaga lebih dari biasa ha ha ha
B6 (Neurobion)
Ini pun supplement bagus.. lebih kurang je kebaikan dia. kalau nak TTC kena ambil semua yang di atas.
SUSU KAMBING
Aku ni sejenis tak minum susu, susu coklat pun aku xminum apetah lagi kalau susu kambing 😓 bayangkan mcmmana aku struggle nak minum susu tu. Susu ape aku minum 👇
SUSU KAMBING
Aku ni sejenis tak minum susu, susu coklat pun aku xminum apetah lagi kalau susu kambing 😓 bayangkan mcmmana aku struggle nak minum susu tu. Susu ape aku minum 👇
Ini susu yang aku minum tu pun sebab member Office aku yang TTC sama cm aku minum jugak, so memula kami pilih coklat, rasa ok ape semua sedap x hamis (ini bukan iklan berbayar yer) sekali bila baca betul-betul tu untuk suami 😖 then beli lagi... tukar pada susu warna putih tu.. sedap juga rasanya xda bau hamis bau delima kuat.
DEBUNGA KURMA / BUAH ZURIAT
Dua benda ini kalau kt malaysia memang susah dapat, (sekarang dah ramai yang jual) aku dapat masa pakcik aku buat umrah, rasa dia biasa je, kira boleh telan lagi la. ada yang buat makan dengan madu ada yang letak dalam susu, Buah Zuriat tu aku dapat yang mcm serbuk, susah nak dapat yang jenis serbuk kalau kt mekkah or madina kalau ada pun mmg sejenis buah yang keras. yang balik kena belah dengan parang smpai jumpa isi dalam lepas tu rebus sampai bertukar warna. kalau serbuk boleh buat dengan dua cara makan dengan madu atau dengan susu.
MEMO : SAMPAI SEKARANG AKU MASIH AMALKAN DEBUNGA KURMA DAN BUAH ZURIAT
Comments